MENEROKA POTENSI GAHARU HINGGA KE AKAR UMBI


Tuesday, February 23, 2010

Masa Depan Gaharu

Saya yakin bahawa industri gaharu akan bertambah pesat selepas ini. Salah satu faktor yang membuat saya yakin ialah R&D terhadap industri ini masih belum diterokai sepenuhnya. Di Malaysia sendiri FRIM dan ANM masih dalam proses membuat R&D dan dapatan-dapatan dari kedua-dua agensi ini masih belum di war-warkan kepada umum..

Kemarin.. sewaktu saya di Jabatan Pertanian (Bahagian Kuarantin) untuk mengambil permit import...secara kebetulan saya berjumpa dengan seorang penguasaha gaharu. Sempat juga berbincang-bincang dengan beliau tentang pengalaman dan pengetahuan tentang gaharu. Saya rasa beliau seorang yang berpengetahuan luas dan seorang pejuang sejati industri gaharu khususnya di SABAH ini....

Beberapa perkara yang kami sempat bincangkan dalam pertemuan singkat itu. Antaranya tentang jenis baka gaharu yang terbaik. Secara ringkasnya, jenis baka yang terbaik ialah jenis subintegra (buat masa ini). Satu hal yang menarik perhatian saya ialah tentang lawatan beliau ke Thailand selama 3 bulan. Dalam lawatan (sambil belajar mendalami ilmu tentang gaharu) tersebut...beliau berjaya membuat MOU dengan seorang dr. di sana yang saya anggap baka terkini dan terbaik iaitu GAT yang mampu mengeluarkan resin sendiri tanpa inokulasi. Walaubagaimana pun tambah beliau, untuk mempercepatkan proses penghasilan teras/resin inokulasi masih boleh dilakukan dengan kos yang minimum...

Belum banyak info tantang baka GAT ini yang saya dapat dari beliau... pendapat peribadi saya, ini merupakan satu lagi perkembangan yang baik tantang gaharu yang di nanti-nantikan oleh semua pengusaha, peminat dan bakal-bakal peminat gaharu..

Bersambung.....



Monday, February 22, 2010

Subintegra VS Mallacencis

Semasa di kampung pagi tadi, ketika menjenguk-jenguk nuseri, dalam benak saya, saya bertanya sendirian 'yang mana lebih cepat membesar subintegra atau mallacencis. Jadi saya buat satu 'eksperimen...membandingkan kadar pertumbuhan antara dua spesies gaharu ini. Dalam perbandingan ini saya mengambil dua sampel pokok subintegra dan dua sampel pokok mallacencis.
RALAT : Saiz pokok adalah tidak sama... subintegra lebih tinggi dari mallacencis... dalam perbandingan ini saya tidak mengambil kira faktor ketinggian (saya tidak ada pokok yang sama saiz). Apa yang ingin saya perhatikan ialah kadar pertumbuhan pucuk-pucuk baru sahaja. Pendek kata.....perbandingan yang saya ingin lakukan adalah dari segi kecepatan mengeluarkan pucuk-pucuk baru...

GAMBAR DI ATAS ADALAH 4 ANAK POKOK GAHARU YANG TINGGI ADALAH SUBINTEGRA DAN YANG KANAN (kecil) ADALAH MALLACENCIS

4 anak pokok gaharu saya letak di salah satu sudut nuseri saya

Kita Zooomm lebih dekat untuk supaya perbandingan dapat di buat dengan lebih jelas.
1. Semua anak pokok di semai dalam polibeg yang sama saiz.
2. Disiram sekali sehari
3. Tanah semaian adalah campuran top soil + kompos + organik pada nisbah 3:1:1
4. Baja organik sekali sebulan
5. Zeolite CEC 160/100gram sekali sebulan
6. Disembur liquid fertilizer D.I Grow setiap 1 minggu
7. Diletak dalam nuseri: Black Netting pada kadar cahaya masuk 70%

SUBINTEGRA




Gambar 1


Jumlah daun : 7 helai
pemerhatian : kelihatan pucuk yang masih pada bahagian atas










Gambar 2


Jumlah daun : 7 helai
Pemerhatian : Daun yang ke-7 (pucuk paling atas) masih kecil. Belum ada tanda-tanda
pucuk baru







MALLACENCIS



Gambar 4

Kiri : Terdapat pucuk kecil pada bahagian atas.


Kanan : Terdapat pucuk yang masih kecil pada bahagian atas pokok





Maaf kualiti photo kurang memuaskan... minggu depan saya akan postkan gambar kat sini. Ada perbezaan atau tiada..mana satu tumbuh lebih cepat (perhatikan pucuk yang baru sahaja)

Baka apa terbaik...Subintegra atau Mallacencis

Tentu ramai orang tertanya-tanya baka pokok gaharu apa yang terbaik... Kita ketepikan dahulu baka crasnna kerana saya sendiri pernah mendengar orang bercerita (dalam kalangan pengusaha nuseri) masing-masing mengatakan mallacencis atau subintegra yang terbaik.. Sebenarnya saya sendiri lebih cenderung mengatakan baka subintegra adalah baka yang terbaik kerana pada tahun 2004 dalam Persidangan Gaharu Sedunia di Vietnam antara resolusi yang diputuskan dalam persidangan itu ialah.... Baka Subintegra adalah baka yang terbaik. Tambahan pula dalam kebanyakan laman web yang menbuat artikel tentang gaharu....baka gaharu terbaik mengikut ranking ialah:

1. Subintegra
2 Crassna
3 Mallacencis

Tiga baka ini sahaja yang saya 'mention' kerana kebanyakan pengusaha dan peminat gaharu mencari 3 jenis baka ini sahaja..

Pada hari Ahad minggu lalu (14.02.2010) saya berkesempatan berjumpa dengan seorang pengusaha nuseri. Saya ada bertanya kepada kawan saya itu berkenaan baka gaharu jenis apa yang terbaik. Beliau mengatakan bahawa baka subintegra adalah baka yang terbaik. Berikut adalah kenyataan yang beliau berikan untuk menyokong pendapatnya:

1. Subintegra adalah baka yang telah diakui terbaik dalam Persidangan Gaharu Sedunia tahun 2004 di Vietnam
2. Anak pokok subintegra (terutama penghasilan melalui kaedah 'tissue culture) adalah lebih cepat membesar berbanding jenis baka yang lain, malah lebih cepat membesar dari baka subintegra sendiri melalui bijih benih.
3. Anak pokok subintegra lebih tahan penyakit.
4. Aroma lebih harum dan kuantiti minyak pada resinnya lebih banyak
5. Kualiti resin lebih bermutu.
6. Kejayaan inokulan terbukti berjaya di Thailand

Itu kata kawan saya...bukan saya... tetapi jujur saya katakan saya ambil kata-kata beliau sebagai fakta kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas (pada pandangan saya) terhadap gaharu. Beliau sendiri mempunyai ladang di semenanjung (semua dari baka subintegra) dan beliau atas lesen bapanya, pernah membeli resin gaharu dari pencari gaharu di sabah, sudah tentu dari baka mallacencis dengan harga yang agak murah kerana faktor kualiti yang agak rendah.

Pada hari yang sama saya berjumpa dengan seorang lagi pengusaha nuseri (saja jalan-jalan sambil menambah maklumat) dan bertanyakan soalan yang sama. Baka gaharu apakah yang terbaik...dengan spontan beliau menjawab 'Mallacencis'. Berikut adalah kenyataan pengusaha ini untuk menyokong pendapatnya.

1. Di Malaysia sekarang Mallacencis yang orang paling suka
2. Subintegra susah tumbuh di Malaysia kerana iklim di Thailand tidak sama dengan di Malaysia
3. Mallacencis pun tumbuh cepat juga sama macam subintegra..
4. Minyak pada resin subintegra hanya 10% sahaja dari minyak mallacencis.

Saya tidak menyokong sesiapa..anda pembaca cuba nilai sendiri.....

Sunday, February 21, 2010

SEPINTAS LALU TENTANG GAHARU

Bercakap tentang apa itu gaharu, banyak sumber-sumber menerangkan tentang gaharu terutamanya di internet. Melalui penelitian dan pengamatan saya di laman-laman web yang begitu banyak....penerangan tentang gaharu lebih kurang sama sahaja. Justeru itu penerangan saya tidak jauh bezanya dengan penerangan dari laman-laman web yang lain..

1. Apa dia GAHARU?

Pohon atau pokok gaharu adalah sejenis tumbuhan 'malar hijau' iaitu daunnya tidak pernah luruh. Pokok gaharu merupakan pohon pelbagai spesies yang tergolong dalam genera aquilaria dalam keluarga Thymalaeceae.

2. Bagaimana pokok gaharu ini begitu berharga?

Pokok gaharu itu sendiri tidaklah begitu berharga. Tidak keterlaluan jika saya katakan pokok gaharu sebesar manapun tidak mempunyai nilai komersil. Ia sama saja dengan pokok-pokok liar yang lain di hutan. Paling tidakpun pokok gaharu yang cukup besar boleh dijadikan sebagai bahan binaan rumah. (Ini berdasarkan cerita seorang kawan, tanpa disedarinya dia memproses pokok-pokok gaharu yang besar di kebun berdekatan rumahnya sebagai bahan binaan rumahnya). Pendek kata pokok gaharu hanya boleh dibuat papan dan yang seumpamanya untuk membuat rumah perabot atau lain-lain yang serupa. Namun yang pasti kualitinya jauh kurang dari kayu cengal, meranti dan lain-lain.

3. Apa yang membuatkan GAHARU begitu bernilai dan berharga ribuan ringgit sekilo di pasaran?

Gaharu hanya bernilai apabila ia mempunyai resin. Resin ini terjadi secara semulajadi apabila pokok gaharu diserang penyakit. Pokok gaharu diserang penyakit apabila ia mengalami kecederaan contohnya dahan patah. Pada bahagian yang patah ini akan dijangkiti fungus (bakteria). Pokok gaharu melawan jangkitan ini dengan cara menghasilkan resin supaya jangkitan tidak merebak pada bahagian-bahagian pokok yang lain. Resin yang terhasil inilah yang beraroma harum dan biasanya di panggil 'kayu gaharu' (Dalam Bahasa Inggeris agarwood atau dalam Bahasa Arab Oudh). Bagi kayu gaharu yang bemutu tinggi, biasanya dipasarkan (eksport) dalam bentuk 'bongkah' dimana ia tidak diproses menjadi minyak. (bongkah ini lah yang paling bernilai dan mencecah puluhan ribu sekilo mengikut gred). Kayu gaharu yang kurang beresin pula diracik dan diproses untuk mendapatkan 'minyak gaharu' (dipanggil agarwood oil, aloewood oil atau oudh oil).

4. Berapa lama resin semulajadi ini terhasil?

Melalui pembacaan saya, tidak diketahui secara khusus berapa lama resin pokok gaharu ini terjadi. Namun yang pasti, resin secara semulajadi yang bermutu tinggi terhasil dalam jangkamasa yang sangat lama. Pendapat peribadi saya, pembentukan mengambil masa lebih 20 tahun. (Sebenarnya kebanyakan laman-laman web mengatakan yang sama). Justeru itu, kaedah terkini untuk menghasilkan kayu gaharu pada pokok gaharu adalah melalui INOKULASI. Inokulasi merupakan satu cara pembentukan resin secara tiruan, iaitu dengan memasukkan fungus atau bakteria ke dalam pokok gaharu. INOKULAN yang dikatakan terbaru digunakan ialah inokulan NANO dan BIO.

5. Jika menggunakan kaedah INOKULAN berapa lama resin ini terbentuk?

Dalam masa 5 - 7 tahun sahaja. Namun jika dibiarkan lebih lama setelah di inokulasi, resin yang terbentuk semakin bermutu. Pokok gaharu yang ditanam secara komersil (ladang) jika cukup penjagaan, boleh di inokulasi pada tahun ke-4.

6. Negara-negara mana gaharu ini dijumpai?

Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, China, Filipina, India, Indonesia, Laos, MALAYSIA, Myanmar, Papua New Guinea, Singapura dan Thailand. Pokok Gaharu tumbuh serasi dan subur di kawasan tanah pamah dan berbukit hingga ketinggian 750 - 100 meter dari paras laut.

7. Jika menanam secara komersil, adakah pasaran untuk gaharu ni?

Ini antara soalan yang selalu ditujukan kepada saya apabila saya memperkenalkan industri gaharu kepada kawan-kawan. Jawapan saya...Ya memang ada. Pengeluaran hasil gaharu hanya memenuhi 20% dari permintaan dunia. 80% lagi masih belum dipenuhi. (Ini pun kebanyakan dari sumber hutan semulajadi dan bukan dari penanaman komersil atau perladangan). Sekarang resin dari sumber hutan semakin pupus. Kerajaan juga telah mengharamkan pencarian resin gaharu dari sumber hutan semulajadi kerana bimbang spesis ini mengalami kepupusan. (Penebangan pokok gaharu untuk mencari resin tidak terkawal, malah ada pokok gaharu ditebang begitu sahaja sedangkan pokok gaharu tersebut tidak mempunyai resin.

8. Produk-produk dari gaharu?

Banyak. Terlalu banyak kegunaannya. Saya tidak dapat nyatakan di sini kesemuanya. Cuba anda surf internet. Anda pasti dapat mencari produk-produk dari resi gaharu. Antara soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya ialah: Masih lariskan resin gaharu ni jika semua nak tanam pokok gaharu....tidakkah harga gaharu ni akan menjadi murah? Saya akui jawapan bagi soalan ini sangat-sangat subjektif. Hanya ada beberapa point yang saya utarakan apabila ada yang bertanyakan soalan ini kepada saya...iaitu:

1. Produk dari resin gaharu bukan 2-3 sahaja. Malah puluhan produk dihasilkan menggunakan resin gaharu....DAN...masih banyak kajian yang dijalankan untuk menghasilkan produk-produk baru...

2. Resin Gaharu merupakan keperluan harian manusia. Yang sangat jelas ia digunakan untuk tujuan upacara keagamaan, perayaan dan keraian tradisional, untuk ubat-ubatan, wangi-wangian, setanggi.... itu belum dipecah-pecahkan lagi tu...banyak..terlalu banyak...

3. Pasaran sekarang baru memenuhi 20% dari permintaan dunia.. 80% lagi yang diperlukan.. Jika dilihat dari rekod CITES yang dieksport oleh negara-negara pengeluar, jumlah yang dieksport keluar dari Asia Tenggara melalui SINGAPURA adalah bernilai US1.2 bilion (RM4 bilion)... RM4 bilion bukan jumlah yang sedikit. itupun baru memenuhi 20%
keperluan dunia...


4. Menanam pokok gaharu walaupun dari sepokok-dua hinggalah kepada yang berskala besar (perladangan) merupakan satu pelaburan (ASET). Pokok gaharu setelah di inokulasi bukan bukan macam buah durian. Buah durian bukannya boleh diperam lama-lama. Mahu atau tidak terpaksa dijual juga walaupun dengan harga yang teramat murah. Yalah kalau buah tu dah buruk siapa lagi yang nak...?
Pokok Gaharu...?
Kalau harga jatuhpun...pokok gaharu masih boleh dibiarkan lama-lama. Setelah di inokulasi...makin lama, resin yang terbentuk makin bermutu...pokok pula semakin membesar... kalau pokok semakin membesar sudah tentu jumlah resin yang yang terhasil juga semakin banyak. Jadi tidak rugi menanam pokok gaharu......

9. Mengapa anda perlu menanam pokok gaharu? dan berapa pokok harus anda tanam?

Berapa pokok yang anda harus tanam...itu terpulang kepada anda sendiri. 'Tepuk dada tanya selera' Tapi jika anda bertanya perlukah anda menanam pokok gaharu...? Saya akan jawab...YA...

10. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang pokok gaharu, kayu gaharu dan industri gaharu itu sendiri. Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih banyak jika anda berusaha sedikit untuk mencari... Satu lagi pertanyaan yang sering diajukan kepada saya ialah...BERAPA HARGA RESIN GAHARU di pasaran..?

Apabila diajukan soalan ini jawapan yang biasa saya berikan ialah...harga bergantung pada kualiti dan mutu resin gaharu itu sendiri. Semakin tinggi kualiti resin maka semakin bernilai lah resin tersebut... dan satu lagi harga biasanya ditentukan oleh penjual dan pembeli. Bergantung pada tawar-menawar. Ini kerana belum ada piawaian yang khas untuk menentukan gred resin gaharu...Jadi nasihat saya..apabila menanam pokok gaharu hati-hati dalam memilih benih atau pokok yang akan ditanam. Dapatkan info yang cukup dan baka pokok yang dah terbukti menghasilkan resin yang bermutu tinggi apabila di INOKULASI...
Sekadar makluman... seperti yang di war-warkan oleh kebanyakan laman web, harga resin gaharu mengikut gred adalah seperti berikut:

GRED

Harga (perkilogram)

Super A

RM 25,000 ke atas

Gred A

RM 20,000

Gred B

RM 18,000

Gred C

RM 15,000

Gred D

RM 8,000

Gred E

RM 3,000

Lain-lain Gred

RM 500 – RM 1,000

Gred Kayu untuk Minyak

RM 5 – RM 100