MENEROKA POTENSI GAHARU HINGGA KE AKAR UMBI


Sunday, February 21, 2010

SEPINTAS LALU TENTANG GAHARU

Bercakap tentang apa itu gaharu, banyak sumber-sumber menerangkan tentang gaharu terutamanya di internet. Melalui penelitian dan pengamatan saya di laman-laman web yang begitu banyak....penerangan tentang gaharu lebih kurang sama sahaja. Justeru itu penerangan saya tidak jauh bezanya dengan penerangan dari laman-laman web yang lain..

1. Apa dia GAHARU?

Pohon atau pokok gaharu adalah sejenis tumbuhan 'malar hijau' iaitu daunnya tidak pernah luruh. Pokok gaharu merupakan pohon pelbagai spesies yang tergolong dalam genera aquilaria dalam keluarga Thymalaeceae.

2. Bagaimana pokok gaharu ini begitu berharga?

Pokok gaharu itu sendiri tidaklah begitu berharga. Tidak keterlaluan jika saya katakan pokok gaharu sebesar manapun tidak mempunyai nilai komersil. Ia sama saja dengan pokok-pokok liar yang lain di hutan. Paling tidakpun pokok gaharu yang cukup besar boleh dijadikan sebagai bahan binaan rumah. (Ini berdasarkan cerita seorang kawan, tanpa disedarinya dia memproses pokok-pokok gaharu yang besar di kebun berdekatan rumahnya sebagai bahan binaan rumahnya). Pendek kata pokok gaharu hanya boleh dibuat papan dan yang seumpamanya untuk membuat rumah perabot atau lain-lain yang serupa. Namun yang pasti kualitinya jauh kurang dari kayu cengal, meranti dan lain-lain.

3. Apa yang membuatkan GAHARU begitu bernilai dan berharga ribuan ringgit sekilo di pasaran?

Gaharu hanya bernilai apabila ia mempunyai resin. Resin ini terjadi secara semulajadi apabila pokok gaharu diserang penyakit. Pokok gaharu diserang penyakit apabila ia mengalami kecederaan contohnya dahan patah. Pada bahagian yang patah ini akan dijangkiti fungus (bakteria). Pokok gaharu melawan jangkitan ini dengan cara menghasilkan resin supaya jangkitan tidak merebak pada bahagian-bahagian pokok yang lain. Resin yang terhasil inilah yang beraroma harum dan biasanya di panggil 'kayu gaharu' (Dalam Bahasa Inggeris agarwood atau dalam Bahasa Arab Oudh). Bagi kayu gaharu yang bemutu tinggi, biasanya dipasarkan (eksport) dalam bentuk 'bongkah' dimana ia tidak diproses menjadi minyak. (bongkah ini lah yang paling bernilai dan mencecah puluhan ribu sekilo mengikut gred). Kayu gaharu yang kurang beresin pula diracik dan diproses untuk mendapatkan 'minyak gaharu' (dipanggil agarwood oil, aloewood oil atau oudh oil).

4. Berapa lama resin semulajadi ini terhasil?

Melalui pembacaan saya, tidak diketahui secara khusus berapa lama resin pokok gaharu ini terjadi. Namun yang pasti, resin secara semulajadi yang bermutu tinggi terhasil dalam jangkamasa yang sangat lama. Pendapat peribadi saya, pembentukan mengambil masa lebih 20 tahun. (Sebenarnya kebanyakan laman-laman web mengatakan yang sama). Justeru itu, kaedah terkini untuk menghasilkan kayu gaharu pada pokok gaharu adalah melalui INOKULASI. Inokulasi merupakan satu cara pembentukan resin secara tiruan, iaitu dengan memasukkan fungus atau bakteria ke dalam pokok gaharu. INOKULAN yang dikatakan terbaru digunakan ialah inokulan NANO dan BIO.

5. Jika menggunakan kaedah INOKULAN berapa lama resin ini terbentuk?

Dalam masa 5 - 7 tahun sahaja. Namun jika dibiarkan lebih lama setelah di inokulasi, resin yang terbentuk semakin bermutu. Pokok gaharu yang ditanam secara komersil (ladang) jika cukup penjagaan, boleh di inokulasi pada tahun ke-4.

6. Negara-negara mana gaharu ini dijumpai?

Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, China, Filipina, India, Indonesia, Laos, MALAYSIA, Myanmar, Papua New Guinea, Singapura dan Thailand. Pokok Gaharu tumbuh serasi dan subur di kawasan tanah pamah dan berbukit hingga ketinggian 750 - 100 meter dari paras laut.

7. Jika menanam secara komersil, adakah pasaran untuk gaharu ni?

Ini antara soalan yang selalu ditujukan kepada saya apabila saya memperkenalkan industri gaharu kepada kawan-kawan. Jawapan saya...Ya memang ada. Pengeluaran hasil gaharu hanya memenuhi 20% dari permintaan dunia. 80% lagi masih belum dipenuhi. (Ini pun kebanyakan dari sumber hutan semulajadi dan bukan dari penanaman komersil atau perladangan). Sekarang resin dari sumber hutan semakin pupus. Kerajaan juga telah mengharamkan pencarian resin gaharu dari sumber hutan semulajadi kerana bimbang spesis ini mengalami kepupusan. (Penebangan pokok gaharu untuk mencari resin tidak terkawal, malah ada pokok gaharu ditebang begitu sahaja sedangkan pokok gaharu tersebut tidak mempunyai resin.

8. Produk-produk dari gaharu?

Banyak. Terlalu banyak kegunaannya. Saya tidak dapat nyatakan di sini kesemuanya. Cuba anda surf internet. Anda pasti dapat mencari produk-produk dari resi gaharu. Antara soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya ialah: Masih lariskan resin gaharu ni jika semua nak tanam pokok gaharu....tidakkah harga gaharu ni akan menjadi murah? Saya akui jawapan bagi soalan ini sangat-sangat subjektif. Hanya ada beberapa point yang saya utarakan apabila ada yang bertanyakan soalan ini kepada saya...iaitu:

1. Produk dari resin gaharu bukan 2-3 sahaja. Malah puluhan produk dihasilkan menggunakan resin gaharu....DAN...masih banyak kajian yang dijalankan untuk menghasilkan produk-produk baru...

2. Resin Gaharu merupakan keperluan harian manusia. Yang sangat jelas ia digunakan untuk tujuan upacara keagamaan, perayaan dan keraian tradisional, untuk ubat-ubatan, wangi-wangian, setanggi.... itu belum dipecah-pecahkan lagi tu...banyak..terlalu banyak...

3. Pasaran sekarang baru memenuhi 20% dari permintaan dunia.. 80% lagi yang diperlukan.. Jika dilihat dari rekod CITES yang dieksport oleh negara-negara pengeluar, jumlah yang dieksport keluar dari Asia Tenggara melalui SINGAPURA adalah bernilai US1.2 bilion (RM4 bilion)... RM4 bilion bukan jumlah yang sedikit. itupun baru memenuhi 20%
keperluan dunia...


4. Menanam pokok gaharu walaupun dari sepokok-dua hinggalah kepada yang berskala besar (perladangan) merupakan satu pelaburan (ASET). Pokok gaharu setelah di inokulasi bukan bukan macam buah durian. Buah durian bukannya boleh diperam lama-lama. Mahu atau tidak terpaksa dijual juga walaupun dengan harga yang teramat murah. Yalah kalau buah tu dah buruk siapa lagi yang nak...?
Pokok Gaharu...?
Kalau harga jatuhpun...pokok gaharu masih boleh dibiarkan lama-lama. Setelah di inokulasi...makin lama, resin yang terbentuk makin bermutu...pokok pula semakin membesar... kalau pokok semakin membesar sudah tentu jumlah resin yang yang terhasil juga semakin banyak. Jadi tidak rugi menanam pokok gaharu......

9. Mengapa anda perlu menanam pokok gaharu? dan berapa pokok harus anda tanam?

Berapa pokok yang anda harus tanam...itu terpulang kepada anda sendiri. 'Tepuk dada tanya selera' Tapi jika anda bertanya perlukah anda menanam pokok gaharu...? Saya akan jawab...YA...

10. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang pokok gaharu, kayu gaharu dan industri gaharu itu sendiri. Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih banyak jika anda berusaha sedikit untuk mencari... Satu lagi pertanyaan yang sering diajukan kepada saya ialah...BERAPA HARGA RESIN GAHARU di pasaran..?

Apabila diajukan soalan ini jawapan yang biasa saya berikan ialah...harga bergantung pada kualiti dan mutu resin gaharu itu sendiri. Semakin tinggi kualiti resin maka semakin bernilai lah resin tersebut... dan satu lagi harga biasanya ditentukan oleh penjual dan pembeli. Bergantung pada tawar-menawar. Ini kerana belum ada piawaian yang khas untuk menentukan gred resin gaharu...Jadi nasihat saya..apabila menanam pokok gaharu hati-hati dalam memilih benih atau pokok yang akan ditanam. Dapatkan info yang cukup dan baka pokok yang dah terbukti menghasilkan resin yang bermutu tinggi apabila di INOKULASI...
Sekadar makluman... seperti yang di war-warkan oleh kebanyakan laman web, harga resin gaharu mengikut gred adalah seperti berikut:

GRED

Harga (perkilogram)

Super A

RM 25,000 ke atas

Gred A

RM 20,000

Gred B

RM 18,000

Gred C

RM 15,000

Gred D

RM 8,000

Gred E

RM 3,000

Lain-lain Gred

RM 500 – RM 1,000

Gred Kayu untuk Minyak

RM 5 – RM 100




2 comments:

  1. Rumah Sakit Islam Sakinah Mojokerto,telp :(0321)321922,326991,329669.sms:085648280307

    ReplyDelete
  2. *
    Assalammualaikum. Nama sy shah. Disini sy ingin memperkenalkn produk yg trbaik yg tdk membebankn kewangan anda. Produk RISBIO gaharu super khas untuk mempercepatkn pertumbuhan, meningkatkn kualiti,merawat,dan lain2.

    Harga seekar:RM20

    money back guaranty kalau x brpuas hati

    hubungi sy /whatsapp
    0194613165
    Pasti tdk mengecewakan
    hubungi sy skrg

    ReplyDelete