MENEROKA POTENSI GAHARU HINGGA KE AKAR UMBI


Monday, February 22, 2010

Baka apa terbaik...Subintegra atau Mallacencis

Tentu ramai orang tertanya-tanya baka pokok gaharu apa yang terbaik... Kita ketepikan dahulu baka crasnna kerana saya sendiri pernah mendengar orang bercerita (dalam kalangan pengusaha nuseri) masing-masing mengatakan mallacencis atau subintegra yang terbaik.. Sebenarnya saya sendiri lebih cenderung mengatakan baka subintegra adalah baka yang terbaik kerana pada tahun 2004 dalam Persidangan Gaharu Sedunia di Vietnam antara resolusi yang diputuskan dalam persidangan itu ialah.... Baka Subintegra adalah baka yang terbaik. Tambahan pula dalam kebanyakan laman web yang menbuat artikel tentang gaharu....baka gaharu terbaik mengikut ranking ialah:

1. Subintegra
2 Crassna
3 Mallacencis

Tiga baka ini sahaja yang saya 'mention' kerana kebanyakan pengusaha dan peminat gaharu mencari 3 jenis baka ini sahaja..

Pada hari Ahad minggu lalu (14.02.2010) saya berkesempatan berjumpa dengan seorang pengusaha nuseri. Saya ada bertanya kepada kawan saya itu berkenaan baka gaharu jenis apa yang terbaik. Beliau mengatakan bahawa baka subintegra adalah baka yang terbaik. Berikut adalah kenyataan yang beliau berikan untuk menyokong pendapatnya:

1. Subintegra adalah baka yang telah diakui terbaik dalam Persidangan Gaharu Sedunia tahun 2004 di Vietnam
2. Anak pokok subintegra (terutama penghasilan melalui kaedah 'tissue culture) adalah lebih cepat membesar berbanding jenis baka yang lain, malah lebih cepat membesar dari baka subintegra sendiri melalui bijih benih.
3. Anak pokok subintegra lebih tahan penyakit.
4. Aroma lebih harum dan kuantiti minyak pada resinnya lebih banyak
5. Kualiti resin lebih bermutu.
6. Kejayaan inokulan terbukti berjaya di Thailand

Itu kata kawan saya...bukan saya... tetapi jujur saya katakan saya ambil kata-kata beliau sebagai fakta kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas (pada pandangan saya) terhadap gaharu. Beliau sendiri mempunyai ladang di semenanjung (semua dari baka subintegra) dan beliau atas lesen bapanya, pernah membeli resin gaharu dari pencari gaharu di sabah, sudah tentu dari baka mallacencis dengan harga yang agak murah kerana faktor kualiti yang agak rendah.

Pada hari yang sama saya berjumpa dengan seorang lagi pengusaha nuseri (saja jalan-jalan sambil menambah maklumat) dan bertanyakan soalan yang sama. Baka gaharu apakah yang terbaik...dengan spontan beliau menjawab 'Mallacencis'. Berikut adalah kenyataan pengusaha ini untuk menyokong pendapatnya.

1. Di Malaysia sekarang Mallacencis yang orang paling suka
2. Subintegra susah tumbuh di Malaysia kerana iklim di Thailand tidak sama dengan di Malaysia
3. Mallacencis pun tumbuh cepat juga sama macam subintegra..
4. Minyak pada resin subintegra hanya 10% sahaja dari minyak mallacencis.

Saya tidak menyokong sesiapa..anda pembaca cuba nilai sendiri.....

1 comment:

  1. *
    Assalammualaikum. Nama sy shah. Disini sy ingin memperkenalkn produk yg trbaik yg tdk membebankn kewangan anda. Produk RISBIO gaharu super khas untuk mempercepatkn pertumbuhan, meningkatkn kualiti,merawat,dan lain2.

    Harga seekar:RM20

    money back guaranty kalau x brpuas hati

    hubungi sy /whatsapp
    0194613165
    Pasti tdk mengecewakan
    hubungi sy skrg

    ReplyDelete